
WALAUPUN berusia 39 tahun, Zlatan Ibrahimovic tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan prestasi.
Pada perlawanan menentang Napoli, Zlatan menjaringkan dua gol bagi membantu AC Milan menang 3-1 pada aksi Serie A.
Pengendali Napoli, Gennaro Gattuso yang akur dengan keputusan kekalahan bagaimanapun memuji Zlatan yang disifatkannya lebih padu berbanding
10-12 tahun lalu.
“Bagi saya Zlatan lebih kuat sekarang berbanding. Pasukan mereka bukan yang terkuat tetapi mereka mempunyai mentaliti,” katanya yang pernah menjadi rakan sepasukannya di Milan.
Begitupun, Zlatan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-79 akibat masalah hamstring.
Milan kini kembali menerajui liga dengan kelebihan dua mata mengatasi Sassuolo yang menang 2-0 di Hellas Verona.
Add Comment