Antarabangsa Motorsport

Karier terburuk Valentino Rossi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tahun 2020 dianggap pencapaian terburuk Rossi.

PERLUMBAAN MotoGP 2020 menjadi yang terburuk bagi Valentino Rossi sepanjang kariernya di kelas premier tersebut.

Rossi memulakan pusingan MotoGP musim ini dengan hasil negatif. Dia gagal menamatkan saingan pembukaan GP Sepanyol di Litar Jerez.

Kegagalan di GP Sepanyol kemudian ditebus oleh Rossi pada MotoGP Andalusia.

Pada pusingan yang juga diadakan di Litar Jerez, 26 Julai lalu, Rossi berjaya menamatkan saingan di podium ketiga.

Pencapaian tersebut membuatkan The Doctor dijangka mampu bersaing untuk merebut gelaran juara dunia.

Namun, podium di MotoGP Andalusia menjadi yang pertama sekaligus terakhir bagi Rossi sepanjang tahun 2020.

Sejak saat itu, Rossi tidak mampu menunjukkan konsistensinya.

Rossi gagal menaiki podium pada empat pusingan berturut-turut iaitu di GP Republik Czech (5), Austria (5), Styria (9), dan San Marino (4).

Pelumba asal Itali itu juga gagal mengakhiri perlumbaan sebanyak lima kali, termasuk pada sesi pembukaan.

Bukan itu sahaja, Rossi juga dinyatakan positif Covid-19 dan terlepas pada dua sesi perlumbaan, GP Aragon dan Teruel.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: