Antarabangsa Bola Sepak

Manchester City henti buru Messi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Faktor usia punca City terpaksa lupakan buru Messi.

LIONEL Messi nampak seakan tidak akan bergabung dengan Manchester City pada musim depan.

Pakar bola sepak Sepanyol, Semra Hunter, mengungkapkan bahawa Man City telah mengakhiri buruan mereka terhadap Messi.

City diyakini masih ingin mengejar Messi pada tahun depan apatah lagi kelab yang berpangkalan di Etihad itu baru saja melanjutkan kontrak Josep Guardiola.

“Saya mendapat maklumat bahawa Manchester City tidak akan mengajukan tawaran untuk Lionel Messi.

“Berdasarkan informasi yang saya terima, sampai hari ini, pintu itu ditutup,” kata Hunter kepada Sky Sports News.

Hunter juga memberikan dua alasan yang membuat Man City tidak lagi berminat membeli Messi.

Dua alasan yang dimaksud adalah usia Messi dan juga faktor kewangan.

“Messi saat ini sudah berusia 33 tahun. Selain itu, La Pulga mendapatkan gaji sekitar 100 juta euro setahun,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: