Bola Sepak

JDT, Subway jalin kerjasama

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengadakan kerjasama dengan Subway, sebuah francais dari Amerika Syarikat.

Menurut Facebook Johor Southern Tigers hari ini, syarikat sandwich ini akan membuka kedai mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun hadapan.

Ketika ini, Harimau Selatan sedang dalam proses rundingan bersama tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium yang serba canggih ini.

Stadium Sultan Ibrahim direka untuk menjadi destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: