Antarabangsa Lain-Lain Terkini

Medvedev juara Final Jelajah Dunia ATP


Medvedev kini memenangi 10 perlawanan berturut-turut susulan kejuaraan Paris Masters awal bulan ini.

 

PILIHAN keempat kejohanan, Daniil Medvedev bangkit menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) Dominic Thiem untuk memenangi gelaran terbesar kariernya pada kejohanan Final Jelajah Dunia ATP di London.

Namun pemain kelahiran Russia itu ketinggalan pada set pertama tetapi bangkit merakam kemenangan 4-6, 7-6 (7/2), 6-4 di Arena O2 yang kosong.

Medvedev, yang menewaskan juara lima kali Novak Djokovic dan pemain nombor dua dunia Rafael Nadal dalam laluan ke final, menjadi pemain pertama menewaskan ketiga-tiga pemain ranking tertinggi dunia pada kejohanan penutup musim itu.

Pemain 24 tahun Russia itu kini memenangi 10 perlawanan berturut-turut susulan kejuaraan Paris Masters awal bulan ini.

 

“Anda memenangi Grand Slam tahun ini. Saya harap kita bertemu lagi dalam acara besar begini,” jelasnya. – AFP


Tags

Add Comment

Click here to post a comment