Antarabangsa Bola Sepak

64 perlawanan tanpa kalah !

Walaupun dibelenggu rentetan barisan pemain yang mengalami kecederaan namun Liverpool tetap berada dalam prestasi terbaik.

LIVERPOOL bukan hanya memungut tiga mata ketika bertemu Leicester City, tapi turut melakar rekod tidak dikalahkan di gelanggang sendiri.

Sebelum perlawanan di Anfield awal pagi tadi, Liverpool sedikit bergelut dengan dihantui krisis kecederaan tonggak utama.

Tanpa sebahagian besar pemain utama termasuk Mohamed Salah dan Jordan Henderson, Liverpool melakukan empat pertukaran pemain. Leicester pula dijangka mudah mudah mencuri mata dalam aksi ini.

Tapi, faktanya Liverpool adalah Liverpool. Tuan rumah sudah unggul 2-0 pada babak pertama lewat gol sendiri Jonny Evans dan Diogo Jota.

Pada babak kedua, Liverpool masih mendominasi permainan untuk menambah gol di minit-minit akhir waktu sebenar menerusi Roberto Firmino.

“Memang bagus kami boleh mempertahankan catatan tidak dikalahkan di Anfield tanpa penyokong. Semoga saja ketika mereka kembali, kami masih boleh menjaga rekod itu,” ujar James Milner kepada BBC Sport.

Kemenangan ke atas Leicester memanjangkan catatan 64 perlawanan tidak dikalahkan The Reds di halaman sendiri.

Kali terakhir Liverpool kalah adalah tewas 1-3 kepada Crystal Palace pada April 2017. Setelah itu, Liverpool meraih 53 kemenangan dan 11 seri.

 

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: