Bola Sepak Terkini

Lee Tuck hampir pasti sertai Tok Gajah


Jika segalanya berjalan lancar Lee Tuck bakal memperkuatkan bahagian tengah Tok Gajah musim depan. (Foto : FB Terengganu FC)

BEKAS ketua pasukan Terengganu, Lee Tuck dan pemain Pulau Pinang, Sergio Aguero dijangka mengisi kuota pemain import bagi pasukan Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengurus Pahang, Datuk Muhammed Sufian Awang mengesahkan rundingan membawa dua pemain itu dalam kem Pahang sedang berjalan.

“Insya-Allah jika tiada apa apa masalah, dua pemain import ini akan bersama Pahang musim hadapan,” katanya.

Jika menjadi kenyataan kedua pemain berkenaan yang sudah tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia akan bergandingan bersama Herold Goulan yang masih mempunyai baki kontrak setahun bersama skuad Tok Gajah.

Aguero bukan nama asing dalam saingan Liga M kerana pernah bersama beberapa pasukan termasuk Melaka United, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor manakala Lee Tuck beraksi bersama skuad Penyu selama tiga musim.

Sebelum itu dia pernah bersama Negeri Sembilan pada 2017 dan kini berada di landasan tepat untuk diserapkan sebagai pemain naturalisasi negara pada 2022.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading