Bola Sepak Terkini

Jurulatih Itali bakal bimbing TRW


PENGENDALI kelahiran Itali hampir pasti dilantik sebagaiketua jurulatih Kelantan FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.
Pemiliknya, Norizam Tukiman atau Zamsaham berkata, rundi ngan dengan calon ketua jurulatih itu sudah masuk ke fasa terakhir dan individu itu me nunjukkan minat tinggi untuk bersama The Red Warriors (TRW).
Menurutnya, calon itu turut selesa dengan tawaran Kelantan FC malah bersedia menerapkan DNA baharu dalam pasukan
seperti yang telah dibentangkan oleh pihak pengurusan.
“Doakan yang baik-baik untuk TRW. Saya juga sedang melengkapkan senarai penolong jurulatih untuk bersama dengan pengendali dari Itali itu nanti.
“Bila semuanya lengkap, saya akan umumkan senarai penuh barisan jurulatih TRW musim 2021,” katanya kepada Kosmo.
Katanya, beliau berharap seluruh penyokong dapat berdiri teguh bersamanya dalam mengembalikan semula Kelantan FC ke landasan mentaliti kejuaraan.
“Besar harapan saya untuk melihat musim depan Kelantan FC tampil dengan semangat baharu iaitu tidak mudah mengalah
meskipun berdepan dengan tekanan tinggi semasa perlawanan,” ujarnya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading