Antarabangsa Bola Sepak

Kesetiaan Klopp untuk Liverpool

Klopp tak minat bimbing Jerman buat masa ini.

BOS The Reds, Jurgen Klopp tiba-tiba telah dikaitkan untuk menggantikan Joachim Low, tetapi mengatakan bahawa dia tidak akan mempertimbangkannya selagi masih berada di Anfield.

Klopp menegaskan dia tidak berminat untuk menggantikan Low sebagai jurulatih Jerman, tetapi akan mempertimbangkan pekerjaan itu ketika waktunya di Liverpool berakhir.

Spekulasi pemecatan Low meningkat selepas Jerman mencatat keputusan buruk, dibelasah 6-0 oleh Sepanyol pada kempen Liga Negara-Negara UEFA, awal bulan ini.

Klopp, secara umumnya, adalah pilihan orang ramai untuk mengambil alih, tetapi pengurus berusia 53 tahun itu selalu menolak idea itu.

“Wow, saya fikir itu adalah salah satu soalan yang paling sering saya jawab dalam hidup saya!

“Mungkin di masa depan, mungkin. Sekarang? Tidak. Saya tidak mempunyai masa, saya mempunyai pekerjaan, kerja yang cukup sengit!

“Saya tidak pasti sama ada yang meminta saya atau apa pun, tetapi jika mereka tidak tahu, saya mempunyai pekerjaan di Liverpool. Walaupun cuaca buruk, saya suka!

“Saya bertanggungjawab untuk banyak perkara di sini, jadi saya tidak akan pergi dan mencari cabaran lain. Saya mempunyai banyak cabaran setelah bangun pagi ! ,” kata Klopp kepada wartawan seperti dipetik Goal.com.

Klopp baru sahaja menandatangani kontrak baharu bersama juara Liga Inggeris itu sehingga musim 2024.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: