Bola Sepak Semasa Terkini

Hodak bukan pilihan TRW

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

ZamSaham menafikan Hodak bakal kembali membimbing Kelantan FC musim depan.

 

KEJAYAAN membimbing Kelantan menjulang gelaran Juara Treble 2013 nyata bukanlah satu kelebihan buat Bojan Hodak apabila pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menolak spekulasi mengenai kembalinya pengendali berusia 49 tahun ini musim depan.

Norizam berkata, , spekulasi yang mengaitkan Hodak dengan pasukan itu tidak benar dan mengharapkan tiada lagi spekulasi sebegini selepas ini.

“Kelantan FC kini lebih selesa fokus untuk membentuk pasukan dan merangka pelan bagi melonjakkan prestasi TRW ke landasan sebenar dalam saingan musim hadapan,” ujarnya.

Karier Hodak k di Malaysia bermula bersama Kelantan pada 2013, tahun di mana dia membawa pasukan itu menjulang kejuaraan treble Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA.

Jurulatih berusia 49 tahun itu turut membawa TRW muncul juara Piala FA 2013 dan naib juara Piala Malaysia 2013, sebelum menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2014 hingga 2015.

Dia juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang 2016 sebelum dilantik sebagai jurulatih skuad bawah 19 tahun Malaysia dan kini membimbing kelab Indonesia, PSM Makassar.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: