Bola Sepak Semasa Terkini

Irfan Bakti kembali warnai Liga Malaysia 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Irfan Bakti kini dikaitkan membimbing Kuching FA dan Negeri Sembilan.

 

BEKAS pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim dikhabarkan sedang diintai Kuching FA dan Negeri Sembilan bagi saingan musim depan.

Ujar Irfan Bakti, dia mengesahkan sedang melewati perbincangan fasa akhir melibatkan Negeri Sembilan dan terbaru Kuching FA.

“Saya telah bertemu dengan pihak pengurusan pasukan Negeri Sembilan dan ia kelihatan agak positif . Saya juga telah dihubungi pihak Kuching FA dan buat masa ini, saya akan menunggu keputusan pihak pengurusan pasukan masing-masing,” ujarnya kepada Stadium Astro.

Pengendali itu memberikan tempoh masa paling lama dua tahun sebelum dia memutuskan untuk bersara daripada bidang kejurulatihan.

“Selepas semusim tidak bersama mana-mana pasukan membuatkan saya gelisah kerana tidak berada di padang dan mungkin saya akan kekal dalam saingan selepas ini untuk dua musim sebelum mengumumkan persaraan,” tegasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: