Antarabangsa Bola Sepak

Penyokong EPL kembali buat ‘riuh’


Liverpool antara pasukan yang hanya membenarkan kehadiran penyokong tuan rumah hadir ke stadium.

SUASANA pertandingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini bakal berubah seperti sediakala apabila pihak kerajaan British membenarkan kehadiran penyokong ke stadium.

Bagaimanapun, ia terhad kepada maksimum 4,000 penonton di stadium terbuka untuk beberapa kawasan di England yang berisiko rendah COVID-19 bermula 2 Disember.

Antara sukan yang dibenarkan kehadiran penonton ialah bola sepak, ragbi dan lumba kuda.

Untuk kawasan yang risikonya sederhana, maksimum 2,000 penonton dibenarkan, manakala kawasan yang berisiko tinggi belum dibenarkan kehadiran penonton.

Memetik laporan AFP, pasukan seperti Liverpool, Manchester United dan Manchester City berada lingkungan berisiko tinggi.

Berita baik adalah kerajaan membenarkan hanya penyokong tuan rumah untuk hadir bagi mengelakkan perjalanan penyokong pelawat menggunakan pengangkutan awam.

“Peminat rindukan aksi EPL dan kami mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri berkenaan kepulangan penyokong,” kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: