Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

AFF Eratkan Kerjasama Bangunkan Semula Bola Sepak Serantau Pasca COVID-19

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin  Mohd Amin menegaskan setiap negara Asean akan meningkatkan kerjasama dalam mencari jalan hala tuju bola sepak pasca COVID-19.

Katanya, semua pihak harus ada suara dalam mencari jalan terbaik buat industri bola sepak untuk kekal makmur seandainya COVID-19 tidak dapat dibendung sepenuhnya.

“Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF agar dapat membantu ahli gabungan menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara terutama ketika berdepan senario ketidaktentuan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turut serta dalam Kongres AFF ke- 27 yang diadakan secara maya hari ini.

Kongres yang diadakan menerusi persidangan video atas talian itu turut disertai Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sri Subahan Kamal selaku Ahli Majlis AFF dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, yang juga Ahli Majlis Gantian AFF.

Antara agenda lain turut dibincangkan ialah mengenai penyata kewangan untuk tahun berakhir 31 Disember 2019 dan laporan aktiviti badan induk itu sepanjang 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: