Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Yakult hargai Nakate

Nakate (kiri) menerima plak penghargaan daripada Hamada dalam satu majlis khas bagi menghargai jasa dan percapaian pemain dari Jepun itu sepanjang berada di negara ini.

SHUNSUKE Nakatake bukanlah nama asing dalam saingan bola sepak di Malaysia. Pemain kelahiran Sendai, Jepun ini sudah lama menabur bakti dalam kancah bola sepak di Malaysia bermula 2016 bersama pasukan Kuantan FA, PDRM FA (2018) dan juga pasukan Negeri Sembilan FA (2019-kini).

Selepas hampir 5 tahun berkelana di Malaysia dan 7 tahun bergelar pemain profesional, pemain tengah lincah yang sinonim dengan jersi bernombor 7 ini akhirnya mengumumkan persaraannya dari kancah bola sepak professional di usia 30 tahun.

‘Ini masa yang sesuai untuk bersara dari bola sepak professional. Saya sudah bermain secara profesional selama 7 tahun’. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam karier bola sepak saya’ ujar Nakatake di laman social miliknya.

‘Saya gembira dapat bermain di Singapura dan Malaysia. Akhir sekali, terima kasih kepada isteri, keluarga, rakan-rakan, jurulatih, rakan sepasukan dan juga peminat’, tambahnya.

Bagi menghargai jasa dan percapaian Nakatake sepanjang berada di Malaysia dan bergelar pemain profesional, syarikat minuman probiotik terkenal, Yakult Malaysia Sdn. Bhd yang juga sebuah syarikay yang berasal dari Jepun telah mengadakan satu majlis khas buat Nakatake bagi menghargai dan meraikan persaraan Nakatake dari bola sepak profesional.

Yakult Malaysia telah memberikan anugerah ‘Most Number of Assists In Malaysia Premier League 2020’ kepada Shunsuke Nakatake dalam majlis tersebut. Malah, Yakult Malaysia juga turut melancarkan peraduan Kira dan Menang bagi peminat-peminat Nakatake memenangi 7 hadiah misteri darinya.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata,  Yakult Malaysia selaku syarikat yang berasal dari Jepun sangat menghargai bakat dan sumbangan yang di berikan oleh Nakatake sepanjang beliau berada di Malaysia.

“Nakate merupakan pemain bola sepak yang baik serta sentiasa terlibat bersama Yakult dalam program klinik-klinik bola sepak akar umbi yang pernah kita adakan sebelum ini.

“Kami juga ingin menzahirkan kebangaan kami terhadap pencapaian beliau yang merupakan pemain yang melakukan bantuan gol ‘Assist’ terbanyak sepanjang Liga Premier 2020. Apa yang saya mahukan adalah apabila anak beliau besar nanti, dia akan mengetahui yang ayahnya pernah bermain untuk sebuah negeri di Malaysia” katanya pada majlis menghargai dan meraikan persaraan Nakatake dari bola sepak profesional, di Shah Alam semalam.

Sebagai rekod, Yakult adalah minuman probiotik rasmi FAM dan ISN. Amalan minum Yakult, yg mengandungi probiotik Shirota strain hidup, setiap hari berfungsi menyokong sistem penghadaman dan imun badan. Ini telah terbukti secara saintifik memanfaatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan di kalangan atlet, kanak-kanak dan masyarakat dari pelbagai golongan umur.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: