Gaya Hidup Permotoran Semasa Terkini

Industri perlumbaan sukan bermotor bakal gulung tikar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MMRA memohon KBS membantu pelumba, mekanik dan juga pengurusan sukan permotoran agar diberikan kebenaran mengikut SOP ditetapkan.
INDUSTRI perlumbaan sukan bermotor bakal gulung tikar jika perlumbaan tidak diteruskan mengikut jadual yang bukan sahaja memberi kesan kepada pelumba tetapi ia juga mempunyai pelbagai sektor pekerjaan.
Presiden Persatuan Sukan Bermotor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MMRA),Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, pelumba sukan bermotor juga adalah atlet Negara yang amat terkesan dengan penangguhan kejohanan perlumbaan.
“Salah satu kejohanan yang ditangguhkan adalah Kejohanan Malaysian CubPrix yang sepatutnya berlangsung mengikut jadual.
“Selain daripada pelumba yang pendapatannya terjejas teruk adalah mekanik, kru, jurulatih, pegawai perlumbaan serta kesemua sektor dalam sukan bermotor turut terkesan malah ada yang diberhentikan kerja kerana pasukan tidak mampu menanggung kos yang tinggi,” ujarnya pada kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.
Katanya, pemberhentian pekerja adalah disebabkan penaja tidak dapat memberi komitmen kepada pasukan sepenuhnya kerana perlumbaan tidak diteruskan.
“Penaja memainkan peranan yang sangat penting kerana pasukan sangat bergantung kepada penajaan tersebut bagi menjalankan operasi pasukan.
“Kami berharap pihak berwajib terutamanya Kementerian Belia dan Sukan dapat membantu pasukan, pelumba, mekanik serta pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor ini dengan membenarkan perlumbaan diteruskan seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.
“Ini sangat penting bagi Industri Sukan Bermotor terus bernyawa dan pasukan tidak gulung tikar,” tegasnya.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: