Antarabangsa motorsport

Hamilton perbaharui kontrak

PELUMBA Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dijangka memperbaharui kontrak bersama pasukan Mercedes.

Kontraknya dijangka tamat tahun ini tetapi Hamilton memaklumkan dia mahu kekal di Mercedes.

Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata, sesi perbincanganHamilton membabitkan kontrak baharu dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Hamilton menjadi antara pelumba Formula Satu (F1) paling berjaya dalam sejarah pada Ahad lalu apabila dia meraih Kejuaraan Dunia buat kali ketujuh.

Hamilton meraih kejuaraan keseluruhan F1 buat kali ketujuh selepas muncul juara di Grand Prix Turki, Ahad lalu.

Pelumba Mercedes itu menyamai rekod legenda F1, Michael Schumacher walaupun masih berbaki tiga perlumbaan untuk ditamatkan musim ini.

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: