Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Mbappe ganti Salah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mbappe terus dikaitkan penghijrahan dengan Liverpool.

JUARA Liga Perdana Inggeris 2019/20, Liverpool dikhabarkan serius mendapatkan khidmat Kylian Mbappe dan bersedia membuat pertukaran dengan salah seorang penyerang mereka untuk menampung perbelanjaan membawa masuk bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Mbappe sering dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield sejak beberapa tahun lalu dan pemain antarabangsa Perancis baru-baru ini turut menyuarakan keinginannya untuk bekerja di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

Kontrak Mbappe bersama PSG akan tamat pada 2022 dan dia ketika ini dianggarkan bernilai 161 juta pound (RM874 juta).

Difahamkan, Liverpool bersedia menjual salah seorang pemain bintang mereka antaranya Mohamed Salah, Roberto Firmino atau Sadio Mane bagi mendapat dana dalam merealisasikan impian bagi membawa masuk Mbappe.

Untuk rekod, pemain berusia 21 tahun itu yang menjaringkan 97 gol dan membantu menghasilkan gerakan gol sebanyak 58 kali dalam 132 penampilan buat PSG. – Agensi-


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: