Antarabangsa Bola Sepak

Sepanyol belasah Jerman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ferran lakar hatrik bantu La Ria benam Jerman.

KEPUTUSAN mengejutkan berlaku pada perlawanan antara Sepanyol dan Jerman dalam kejohanan Liga Negara-Negara UEFA di Sevilla.

La Roja mengamuk sakan dan membelasah pelawat 6-0 sekaligus mara ke separuh akhir pertandingan.

Pasukan kendalian Luis Enrique itu sudah unggul 3-0 di babak pertama menerusi gol Alvaro Morata, Ferran Torres, dan Rodri.

Ferran Torres menambah dua gol lain di babak kedua, disusuli gol Mikel Oyarzabal yang memastikan Sepanyol menang besar.

Kemenangan ini membawa Sepanyol berada di puncak Kumpulan 4 dengan 11 mata, sementara Jerman turun ke posisi kedua dengan sembilan mata.

Dalam pada itu, perlawanan antara Switzerland dan Ukraine ditunda akibat penularan COVID-19.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: