Antarabangsa motorsport

Morbidelli hilang suara

FRANCO Morbidelli hampir kehilangan suara kerana terlalu banyak menjerit kegembiraan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia, semalam.

Pelumba MotoGP Petronas Yamaha SRT Franco Morbidelli itu muncul juara dan menyifatkan sebagai pencapaian terbaiknya di sepanjang musim ini.

Bagaimanapun katanya, dia terpaksa mengharungi perlumbaan yang agak sukar di Litar Ricardo Tormo itu.

“Segalanya nampak menjadi buat saya pada perlumbaan kali ini walaupun perlumbaan kali ini agak sukar.

“Saya dan pasukan bekerja keras minggu ini dan saya telah melakukan sedikit perubahan pada gaya serta teknik tunggangan saya untuk perlumbaan kali ini,” katanya.

Untuk rekod, ini kali ketiga Morbidelli menakluki podium sepanjang kariernya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: