Antarabangsa Bola Sepak

Tak patut bolos dua gol


England hilang tiga mata dalam kunjungan ke Belgium.

HARRY Kane akui England tak bernasib apabila tewas 2-0 kepada Belgium aksi Liga Negara-Negara UEFA.

Dia menilai dua gol De Rude Duivels sepatutnya tak berlaku.

Pada perlawanan itu, Belgium memperoleh jaringan gol kemenangan menerusi Youri Tielemens dan Dres Mertens.

“Kami mendominasi permainan dan tak patut bolos dua gol.

“Pada saya banyak perkara positif yang boleh diambil. Itu akan memberi kami kepercayaan diri.

“Jika kami bermain seperti ini, kami pasti akan memenangi sebahagian besar pertandingan yang selepas ini,” kata Kane dipetik dari BBC.

Kekalahan ini mengekalkan England di tangga ketiga Kumpulan G dengan tujuh mata.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading