Bola Sepak Terkini

Kontrak TFC tamat, Faris cari destinasi baharu


Faris berbangga dengan pencapaian TFC yang menamatkan Liga Super di kedudukan ketiga ketika saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

PEMAIN terbaik Singapura 2019, Faris Ramli yang memberi bayangan tidak akan bersama Terengganu FC musim depan susulan kontraknya tidak diperbaharui.

Berkongsi hala tujunya musim depan dengan memuat naik Instagram peribadinya, tonggak lincah kelahiran Singapura itu menyatakan  salam perpisahan kepada rakan- rakan sepasukannya dan para penyokong TFC.

Faris, memaklumkan dia berbangga dengan pencapaian TFC yang menamatkan Liga Super di kedudukan ketiga ketika saingan Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.

“Kita berjaya menepati sasaran dan saya berterima kasih kepada rakan sepasukan. Walaupun TFC tidak diberi harapan, kita saling memberi dorongan antara satu sama lain.

“Terima kasih atas segala kerja keras, dedikasi dan sikap positif. Tidak mungkin kita dapat mencapai sasaran tanpa usaha anda semua.
“Kita lihat apa yang menanti untuk musim 2021 tetapi buat masa ini, selamat tinggal. Jaga diri dan kekal selamat, orang Terengganu,” tulisnya.

Faris, 28 mencetak tiga gol dalam Liga Super selepas berhijrah daripada Hougang United bagi mengisi kuota Helang Merah mahu import ASEAN pasukan TFC.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d