
LIVERPOOL terus dilandasan kemenangan ketika Diogo Jota meledak hatrik untuk membenam Atalanta 5-0 dalam aksi Kumpulan D saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Penyerang asal Portugal ini meneruskan persembahan cemerlang selepas berhijrah ke Anfield dari Wolves pada September.
Jota membuka tirai jaringan minit ke-15 serta m-33 dan di babak kedua minit ke-55. Dua lagi gol The Reds disumbangkan oleh
Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Liverpool kini menghuni tangga teratas Kumpulan D dengan sembilan mata. Sementara itu, Ajax mengutip tiga mata selepas menang tipis 2-1 ke atas Midtjylland.





Add Comment