Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Leicester lonjak tangga kedua


Leicester kini hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu Liverpool.

KEMENANGAN Leicester City ke atas Leeds United di Elland Road membolehkan mereka melonjak kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris.

Harvey Barnes dan Youri Tielemans menjaringkan gol pada babak pertama sebelum Stuart Dallas cuba mengurangkan jurang defisit jariy.

Namun, ayam tambatan Leicester, Jamie Vardy mencetak gol kelapannya musim ini sebelum penalti Tielemans memastikan kemenangan liga keempat berturut-turut di tempat lawan.

Leicester yang dibimbing Brendan Rodgers hanya dibezakan satu mata di belakang pendahulu semasa, Liverpool selepas memenangi lima daripada tujuh perlawanan pertama liga musim ini.

Ia juga adalah permulaan musim terbaik Leicester dalam saingan liga tertinggi Inggeris.

Dalam satu perlawanan di Craven Cottage, Fulham menumpaskan West Brom 2-0.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: