Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Cardiff City raih tiga mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

CARDIFF City memberikan persembahan hebat menentang Barnsley untuk mencatatkan kemenangan pertama mereka di gelanggang sendiri musim ini.

Selepas perlawanan, pengurus Bluebirds Neil Harris memberitahu pihak media dia ternyata gembira dengan kutipan tiga mata.

“Saya fikir tahap prestasi pada malam ini, secara individu dan kolektif, adalah luar biasa.

“Kami menunjukkan kualiti lebih baik 90 minit hari ini berbanding yang kami lihat pada perlawanan terdahulu di QPR. Kami mengeksploitasi Barnsley dengan sangat baik dan satu-satunya kekecewaan saya ialah kami tidak mendapat jumlah gol lebih banyak,” ujarnya.

Pada aksi itu, Cardiff menang 3-0 dan ketiga-tiga jaringan dilakukan oleh Junior Hoilett, Joe Ralls dan Harry Wilson.

The Bluebird kini berada pada kedudukan ke-11 Liga Kejuaraan dengan mengumpul 13 mata selepas 10 perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: