Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Tewas angkara Pogba

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pogba mengakui kekasaran seperti itu tidak sepatutnya dilakukan hingga memberikan sepakan penalti kepada lawan.

MANCHESTER United terpaksa menelan kekalahan kepada Arsenal yang berpunca daripada Paul Pogba.

Pada aksi di Old Trafford awal pagi tadi, pemain asal Perancis itu menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan selepas mengasari Hector Bellerin.

Pierre-Emerick Aubameyang yang dipertanggungjawabkan mengambil tendangan penalti mudah menyempurnakan tugasan berkenaan.

“Kami tahu itu adalah prestasi yang buruk. Saya sendiri, saya tidak sepatutnya melakukan kekasaran seperti ini.

“Saya ingat saya boleh menyentuh bola namun ternyata tidak. Saya menjadikan pasukan terpaksa kalah melalui penalti,” kata Pogba kepada BBC Sport.

Namun begitu, ada lagi cara lain bagi Pogba untuk menebus kesalahannya. Salah satunya adalah dengan membantu The Red Devils meraih kemenangan ke atas Istanbul Basaksehir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: