Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Ziyech nadi Chelsea

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ziyech diturunkan kali pertama selaku kesebelasan utama dan memberikan impak buat pasukan.

HAKIM Ziyech menjadi nadi di sebalik kemenangan Chelsea ke atas Burnley 3-0 di minggu ketujuh Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021. Pemain sayap asal Maghribi itu tampil cukup cemerlang.

Ziyech diberi kesempatan diturunkan dalam kesebelasan utama buat pertama kalinya untuk saingan liga domestik. Sebelum ini, dia sekadar dua kali sebagai menjadi pemain gantian.

Tampil sejak minit pertama, Ziyech terus memberi impak. Pemain 27 tahun itu menunjukkan belang sebenar bagi Chelsea pada babak pertama.

Pengurus The Blues, Frank Lampard tidak segan silu memuji prestasi Ziyech, yang dibawa masuk pada musim panas ini.

Menurutnya, kualitinya boleh memberi perbezaan kepada pasukan.

“Saya sangat terkesan dan ghairah. Saya boleh melihat keperibadian dan prestasinya yang bagus,” kata Lampard dipetik BBC.

Kemenangan ke atas Burnley melonjak kedudukan Chelsea naik ke tangga empat liga dengan 4 mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: