Bola Sepak Semasa Terkini

Aksi getir Kedah dan Pahang, JDT “iringi” Kuala Lumpur

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Keputusan undian Piala Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

NAIB juara Piala Malaysia musim lalu, Kedah bakal berdepan Pahang manakala juara Piala Malaysia 33, Selangor menanti kunjungan Melaka United pada saingan TM Piala Malaysia yang bakal bermula 6 November nanti.

Bagi Harimau Selatan yang dinobatkan gelaran kejuaraan musim lalu dengan menewaskan Kedah, 3-0  bakal berdepan Kuching FA dilihat sudah berada di pentas suku akhir bersama Kuala Lumpur yang mendapat bye ekoran Sabah yang tidak beraksi pada saingan kali ini.

Pendatang baharu Liga Super musim depan, Pulau Pinang bakal berdepan Felda United manakala Uitm FC menanti kunjungan pasukan yang dimiliki Norizam Tukiman iaitu Kelantan FC.

Terengganu yang merupakan naib juara 2018 pula akan menentang skuad bimbingan K Devan manakala juara Piala Malaysia lapan kali Perak menentang pasukan Liga Premier, Kelantan United.

Format TM Piala Malaysia musim ini terpaksa diubah kepada saingan kalah mati sejak pusingan pertama membabitkan 15 pasukan (10 CIMB Liga Super, 5 Liga Premier ) sehingga ke perlawanan akhir tanpa aksi timbal balik.

Situasi ini berikutan penularan COVID-19 yang memaksa Liga Malaysia terpaksa ditangguhkan selama lima bulan selain bagi memastikan saingan musim ini mampu dihabiskan sebelum menuju 2021.

Tirai kejohanan akan dilangsungkan pada 1 November ini dengan perlawanan pusingan pertama bermula pada 6,7 dan 8 November manakala suku akhir pada 12 dan 13 November disusuli separuh akhir pada 17 November dan final pada 22 November.

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: