Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Phillips penyelamat krisis benteng The Reds

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Persembahan Phillips nyata tidak mengecewakan dan dilihat antara prospek baharu The Reds.

PERTAHANAN muda Liverpool, Nathaniel Phillips tiba tepat pada masanya bagi menangani krisis benteng The Reds selepas kehilangan Virgil van Djik yang terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan yang dialami.

Dikala Fabinho dan Joel Matip masih tercedera, semua tumpuan diberikan kepada Rhys William yang diturunkan selaku pemain simpanan pada aksi Liga Juara-Juara peringkat kumpulan D menentang Ajax, semua peminat The Reds menjangkakan khidmat pemain yang memiliki ketinggian ini akan beraksi pada di Anfield, malam tadi.

Namun perkara sebaliknya berlaku apabila Jurgen Klopp menurunkan Phillips selaku kesebelasan utama untuk bergandingan dengan Joe Gomez dan Robertson serta Alexander-Arnold dibenteng.

Ternyata percaturan Klopp membuahkan hasil apabila Phillips dilihat berjaya membalas kepercayaan pengurusan dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan bagi memastikan tiga mata penuh menewaskan West Ham United, 2-1 awal pagi tadi.

Melakukan debut Liga Perdana Inggeris untuk Liverpool , pemain berusia 23 tahun itu tiba ke Liverpool sebelum permulaan musim 2016-17 selepas berjaya dalam sesi percubaan bersama kelab akademi.

Pemain tinggi lampai dengan ketinggian 1.9 meter pernah bermain bersama Bolton Wanderers pada peringkat belia.

Tersisih sementara pada sebahagian musim 2017-18 akibat kecederaan, dia kembali bangkit dan mengharungi kempen dengan berkesan sehingga dilantik menjadi kapten pasukan Bawah 23.

Bagi Klopp, pujian penuh perlu diberikan untuk Phillips setelah pemain pertahanan itu memberikan penampilan terbaik dalam kemenangan ke atas West Ham.

“Phillips memenangi aksi perebutan di udara dari mana-mana pemain di atas padang dan saya sangat gembira dengan persembahannya. Dia saya gambarkan sebagai ‘monster’ kerana kemampuannya di udara.

“Dia lelaki yang cemerlang, lelaki pintar, cerdas, segalanyalah. Ya, dia bukan Messi tetapi siapa yang peduli?

“Di udara, dia adalah raksasa! Dia luar biasa. Untuk permainan pertama, saya rasa semua orang dapat membayangkan betapa gementarnya setelah menunggu lama,” kata Klopp kepada BBC selepas perlawanan.

Aksi memukau Phillips itu memanjangkan rekod tidak dikalahkan Liverpool dalam lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris menentang West Ham.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: