Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Liverpool terajui saingan EPL

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jota meledak gol kedua membantu kemenangan pasukan mengatasi West Ham United, 2-1.

PEMAIN gantian, Diego Jota memastikan Liverpool memimpin saingan Liga Perdana Inggeris 2020/21 buat kali pertama selepas menjaringkan gol kemenangan mengatasi West Ham United, 2-1 pada aksi di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Tiga mata yang diraih tuan rumah meletakkan pasukan bimbingan Jurgen Klopp meraih 16 mata mengatasi Everton yang tidak turun beraksi pada malam ini.

Salah menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti dipenghujung babak pertama.

Pada perlawanan sebentar tadi, West Ham United terlebih dahulu mengegarkan gawang tuan rumah menerusi Pablo Fornals pada minit ke 10 sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti ketika perlawanan berbaki 3 minit separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua perlawanan, tuan rumah terus mendominasi perlawanan yang menyaksikan skuad bimbingan David Moyes lebih banyak bertahan dan hanya sesekali melakukan serangan balas.

Kegagalan Salah, Mane dan Firmino menembusi benteng pelawat memaksa  Klopp melakukan pertukaran pemain dengan mengeluarkan Roberto Firmino, Curtis Jones dan memasukkan Diego Jota serta Xherdan Shaqiri pada minit ke 70.

Ternyata pertukaran pemain tersebut menambahkan sengat The Reds apabila Jota tidak menunggu lama untuk mengegarkan gawang selang 10 minit kemudian namun jaringannya dibatalkan selepas pengadil mengesan kekasaran dilakukan Mane melalui Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan tersebut tidak melunturkan semangat tuan rumah yang terus berusaha mencari gol kemenangan dan gandingan Shaqiri dengan Jota nyata berbisa selepas pemain gantian tersebut menyempurnakan gerakan menarik untuk meledak gol kedua minit ke 85 untuk memastikan tiga mata penuh buat pasukan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: