Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Ronaldo tak tunggu lama

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ronaldo meledak dua gol membantu kemenangan Juventus ke atas Spezia 4-1 di Cesena.

SELEPAS pulih dari virus Covid-19, penyerang Juventus Cristiano Ronaldo  yang masuk sebagai pemain gantian menyumbang dua gol tidak menunggu lama untuk terus menggegar jaring pasukan lawan.

Dua lagi jaringan dihasilkan oleh Alvaro Morata dan Adrien Rabiot untuk Juventus mengalahkan Spezia 4-1 di Cesena.

“Saya masih sama. Saya tidak memiliki gejala dan saya sihat. Hari ini saya kembali melakukan apa yang saya suka, bermain bola sepak.

“Cristiano sudah kembali, dan ianya amat penting,” kata Ronaldo kepada Sky Sport selepas perlawanan.

Ronaldo kini direkodkan telah menjaringkan lima gol dari tiga saingan liga musim 2020/2021.

Dia hanya dibezakan dua gol berbanding Zlatan Ibrahimovic yang memimpin daftar senarai penjaring terbanyak Serie A.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: