Antarabangsa Permotoran Semasa

Hamilton belum perbaharui kontrak

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Hamilton kini sedang mendahului pelumba lain dengan 230 mata dan berbaki lagi enam pusingan.

 

LEWIS Hamilton belum memperbaharui kontraknya bersama Mercedes. Juara bertahan Formula 1 asal Inggeris itu mengakui perkara bukanlah keutamaannya ketika ini.

Kontrak Hamilton dengan Mercedes akan berakhir pada musim ini dan untuk rekod dia sudah bergabung dengan pasukan Silver Arrows itu sejak 2013, dan telah memenangi lima gelaran juara dunia.

Hamilton juga berpeluang besar menambah koleksi gelaran keenam juara dunianya bersama Mercedes pada akhir musim F1 2020, apabila kini sedang mendahului pelumba lain dengan 230 mata dan berbaki lagi enam pusingan.

“Tiada apa pun, saya cuma belum mahu bercakap soal itu. Apakah itu (memperpanjangkan kontrak) hanya tinggal masalah formaliti, ya mungkin saja, saya tak tahu.

“Mungkin nanti ada saatnya kami harus duduk bersama dan membicarakan hal tersebut, namun itu bukan keutamaan sekarang. Paling penting adalah menamatkan musim sebagai juara dunia, itulah fokus saya saat ini,” kata Hamilton dipetik dari Crash.

Situasi ini jelas berbeza dengan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas yang sudah melanjutkan kontrak baharu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: