Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

VAR hampir ragut kemenangan Liverpool

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jota meledak gol kemenangan pasukan bagi memastikan tiga mata penuh buat The Reds.

SISTEM Video Bantuan Pengadil (VAR) hampir menjadi igauan buruk buat Liverpool sebelum bangkit meraih tiga mata menewaskan Sheffield  United, 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Ketinggalan 0-1 pada minit ke 13 apabila lawan dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan melalui VAR mendapati kekasaran dilakukan Fabinho ke atas pemain lawan nyata mengundang rasa tidak puas hati, Jurgen Klopp.

Sander Berge yang mengambil sepakan tersebut tidak mensia-siakan peluang apabila bijak memperdayakan penjaga gawang utama tuan rumah Allison Becker yang kembali dalam kesebelasan utama.

Gol tersebut nyata memberikan tekanan buat Liverpool yang terus merancangn ruang dan mencipta gerakan bagi memburu gol penyamaan melalui trio serangan, Salah, Mane dan Firmino.

Usaha berterusan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Firmino menyamakan kedudukan pada minit ke berpunca dari tandukan Mane.

Memasuki babak kedua, VAR sekali lagi tidak memihak Liverpool apabila jaringan Salah pada minit 61 tidak disahkan kerana pemain berkenaan berada dalam keadaan offside.

Namun selang tiga minit kemudian, Diogo Jota memastikan kemenangan buat Liverpool apabila menanduk hantaran Mane untuk menjaringkan gol kedua dan keputusan berkenaan kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu dalam perlawanan terdahulu, Manchester United sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Chelsea di Stadium Old Trafford.

Aksi sengit yang dinantikan peminat kedua pasukan ini sebelum sepak mula tidak kelihatan apabila kedua-dua pasukan dilihat lebih banyak berlegar dikawasan tengah padang dan hanya melakukan serangan balas.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: