Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Amanat Vincent Tan bakar semangat Luqman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh MOHD FARIQ

“INGAT, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan kamu. Jangan takut dan harumkan nama negara,” Itulah pendedahan ekslusif dari penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin menceritakan kembali amanat istimewa daripada Tan Sri Vincent Tan ketika melakukan debut bersama KV Kortrijk (KVK) awal pagi semalam.

Biarpun tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht pada aksi Jupiler Pro League, Luqman, 18, mengakui pesanan pemilik KVK, Vincent Tan telah berjaya menaikkan motivasinya sebaik membuat penampilan pertama dengan KVK dengan menggantikan Petar Golubovic pada minit ke-74.

Ternyata pencaturan jurulatih KVK, Yves Vanderhaeghe membawa masuk pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ilombe Mboyo pada minit ke-87.

Mengulas lanjut, Luqman tanpa berselindung dia semakin positif untuk terus berada dalam kesebelasan utama KVK pada perlawanan akan datang.

“Satu keputusan yang bukan diinginkan oleh kami tetapi secara peribadi, saya berpendapat keyakinan saya bertambah lebih baik biarpun diturunkan berbaki 17 minit perlawanan terakhir.

“Impian saya telah tercapai dan perlawanan ini adalah langkah pertama saya tetapi amanat Tan Sri (Vincent Tan) antara salah satu faktor telah menaikkan motivasi saya kerana Tan Sri mengingatkan saya supaya sentiasa serius apabila membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.

“Saya akui perlawanan bertambah sukar selepas kami ketinggalan 0-3 tetapi paling penting bagi saya adalah saya dapat merasai pengalaman buat pertama kali bermain di Jupiler Pro League ini,” katanya ketika dihubungi di Kortrijk semalam.

Luqman masuk selaku pemain gantian ketika perlawanan berbaki 17 minit pada separuh masa kedua.

Dalam perkembangan sama, Luqman mengakui kekalahan itu juga telah mematangkan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Jelas Luqman, dia akan tampil lebih berani dan agresif sekira namanya sekali lagi dalam skuad utama pada perlawanan akan datang.

Lebih mustahak, Luqman mendedahkan dia sudah bersedia untuk memburu jaringan sulung di pentas Jupiler Pro League jika dapat bermain dalam kesebelasan utama KVK.

“Keyakinan saya semakin naik, mungkin 100 peratus lagi (bertambah naik) sebaik saya diturunkan.

“Saya akan lebih bersedia jika dapat diturunkan dalam kesebelasan utama dan mungkin saya mahu mencari gol pertama buat KVK selepas ini,” ujarnya.–Kosm0–

https://www.kosmo.com.my/2020/10/25/amanat-vincent-pembakar-semangat/

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: