
REKOD tanpa kalah Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris akhirnya lebur selepas kecundang 0-2 di tangan Southampton pada aksi di Stadium St Mary ,sebentar tadi.
Dua gol pada babak pertama di jaringkan ketua pasukan, James Ward- Prowse pada minit 27 dan Che Adams (m35) sudah cukup memastikan tiga mata penuh buat tuan rumah manakala ini kekalahan pertama Everton selepas merekodkan lima rekod tanpa kalah sebelum ini.
Pelawat juga terpaksa bermain dengan kekurangan seorang pemainnya Lucas Digne dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 18 minit untuk ditamatkan.
Kekalahan ini bagaimanapun tidak menggugat kedudukan Southampton selaku peneraju tangga teratas liga yang kini berkongsi mata dengan Liverpool ditangga kedua dengan 13 mata.
Add Comment