Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Vardy tetap berbisa

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jaringan melalui tandukan terbang Vardy memastikan tiga mata mutlak buat The Foxes.

JAMIE Vardy terus membuktikan reputasinya selaku penggempur berbisa selepas berjaya memastikan jaringan tunggalnya membantu Leicester City meraih kemenangan 1-0 ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, pagi tadi.

Masuk selaku pemain gantian pada minit ke 60, Vardy hanya menunggu 20 minit kemudian untuk mencetak nama selaku penjaring gol tunggal perlawanan yang memastikan buat kali pertama skuad bimbingan Brendan Rogers meraih kemenangan di tempat lawan selepas 47 tahun.

Kemenangan itu mengangkat The Foxes ke tangga keempat dengan 12 mata, sementara The Gunners kekal di tempat ke-10 selepas enam perlawanan.

“Kami mengharungi sedikit kesukaran tetapi kemudian mula menerobosnya dan berjaya dengan kemenangan. Ia cukup besar bagi kami tetapi ini hanyalah permulaan permainan di mana kami ingin terus meningkat,” kata Vardy Sky Sports.

Kemenangan ini menjadikan musim Leicester kembali ke landasan sepatutnya berikutan kekalahan liga kepada Aston Villa dan West Ham United.

“Kami mempunyai beberapa keputusan buruk dan kami mahu meletakkannya tepat di liga. Nasib baik, saya telah berjaya dan memberi impak.

“Ini memberi kami sedikit dorongan. Dua perlawanan terakhir di liga belum cukup bagus tetapi untuk datang ke sini dan menunjukkan prestasi seperti yang kami miliki sangat bagus untuk pasukan,” jelas Vardy.

Gol Vardy ke-11di Liga Inggeris menentang Gunners – lebih banyak berbanding pemain lain selain Wayne Rooney – memberikan kemenangan pertama buat pasukannya di Arsenal sejak September 1973.

Tiga mata yang diraih ketika menentang Arsenal meletakkan Leicester City di tangga keempat Liga.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: