Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Kad merah kelakar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ancelotti nyata kurang senang dengan layangan kad merah diterima Digne.

PENGURUS Everton, Carlo Ancelotti dengan rela hati menerima kekalahan setelah rekod tanpa kalah di Liga Perdana Inggeris musnah apabila tewas0-2  kepada Southampton.

Tetapi, dia tidak berpuas hati Lucas Digne diusir keluar dari permainan kerana pada pandangannya adalah kekasaran tidak sengaja.

“Kami tidak bermain dengan baik. Southampton lebih baik daripada kami dan mereka berhak menang.

“Kadang-kadang anda tidak berada di tahap terbaik. Sekarang kami harus melihat ke hadapan dengan semangat dan kepercayaan yang sama. Kami cuba kembali ke permainan, kami mempunyai kawalan yang baik selepas separuh masa,” kata Ancelotti kepada Sky Sports.

Namun, ketika Everton berusaha untuk mendapatkan rentak dalam permainan, masalah mereka bertambah buruk Digne menerima perintah keluar padang.

“Kad merah itu kelakar , ia tidak disengajakan. Mungkin ia berwarna kuning, sudah tentu ia bukan tingkah laku ganas,” kata Ancelotti.

Ancelotti juga memberikan amaran keras kepada skuadnya dengan perlawanan sukar selepas ini.

“Saya memberitahu pemain musim sejuk akan datang dan kita harus bertindak balas,” tambahnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: