Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Son pastikan kemenangan Spurs

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Son meledak gol tunggal memastikan tiga mata penuh buat Spurs.

 

TOTTENHAM Hotspur mendaki ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang 1-0 ke atas Burnley di Turf Moor awal pagi tadi.

Spurs harus berterima kasih kepada Son Heung-min yang meledak jaringan minit ke-76 bagi membolehkan kelab itu mengutip 11 mata dalam enam perlawanan.

Gol itu berpunca menerusi gerakan Harry Kane bersama Song dan kemenangan itu menyaksikan mereka kini hanya dibezakan dua mata di belakang pendahulu Everton.

Pengurus pasukan, Jose Mourinho tidak segan silu memuji peranan dua penyerangnya yang kini telah bersama-sama menjaringkan 29 gol di EPL.

“Mereka bukan saja pemain hebat tetapi juga kawan baik, tiada rasa iri hati dan kedua-duanya bermain untuk pasukan. Itu yang menggembirakan saya tentang mereka,” kata Mourinho dipetik AFP


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: