Antarabangsa Bola Sepak Semasa

City tanpa Aguero

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aguero sekali lagi disisihkan pasukan ekoran kecederaan otot yang dialaminya.

 

MANCHESTER City terpaksa beraksi menentang Marseille saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok tanpa khidmat Sergio Aguero akibat kecederaan otot.

Perkembangan ini disahkan oleh pengurus pasukan, Pep Guardiola.

“Saya tidak berasa kesal kerana tidak membawa masuk pemain penyerang pada jendela perpindahan yang lalu.

“Kami tahu dia tidak berada dalam keadaan terbaik.

“Kami sangat merindui aksinya. Apa yang dilakukan buat kelab ini sangat luar biasa, dia adalah legenda City,” katanya dalam sidang media.

Bintang antarabangsa Argentina itu yang baru membuat penampilan sulung selepas pulih dari kecederaan, ditimpa malang ketika
bertemu West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lepas.

Malah, kem The Citizens juga tempang tanpa peranan penyerang Brazil, Gabriel Jesus yang tidak dapat diturunkan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: