Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Thiago terus tersisih

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Thiago Alcantara mungkin diketepikan ekoran masih belum cergas sepenuhnya.

JURGEN Klopp mengesahkan trio Liverpool terlepas kempen Liga Juara-Juara menentang juara Denmark, Midtjylland, awal pagi esok.

Pemain dimaksudkan adalah Joel Matip, Naby Keita dan Thiago Alcantara.

Klopp berkata, anak buahnya dilihat tidak cukup cergas menjelang aksi di Anfield.

“Saya tak fikir. Mereka masih sama seperti minggu lalu tapi kita akan pantau.

“Nampaknya kami perlukan beberapa hari lagi dan untuk perlawanan itu, mereka mungkin tidak bersedia,” ujarnya.

Matip dihantui kecederaan semasa aksi derby Merseyside, 17 Oktober lepas sementara manakala Thiago berdepan kecederaan lutut.

Keita, belum lagi diturunkan sejak kembali berlatih selepas didapati negatif ujian koronavirus.

Dalam pada itu, Klopp enggan memandang remeh pertembungan sebab kelab pelawat yang ditubuhkan pada 1999.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: