
PENYERANG muda negara Luqman Hakim Shamsudin melakukan penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk dalam aksi Jupiler Pro League ketika bertemu RSC Anderlecht yang berlangsung sebentar tadi.
Masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 ketika pasukan ketinggalan 0-3 dibelakang skuad RSC Anderlecht yang dibimbing oleh Vincent Kompany, selepas ketua jurulatih Yves Vanderhaeghe mengeluarkan Petar Golubović.
Luqman yang beraksi di bahagian sayap kanan pasukan dilihat berjaya memberikan tekanan kepada pertahanan lawan yang lebih banyak bermain secara bertahan.
Berpunca hantaran dari Luqman, KV Kortrijk memperolehi sepakan penalti yang disempurnakan Ilombe Mboyo untuk kedudukan 1-3.
Kemasukan Luqman menggantikan pemain pertahanan itu dilihat sebagai tindakan bagi mencari lebih peluang untuk KV Kortrijk mencari gol untuk merapatkan jurang selepas kelab itu gagal menemui penyudah yang diharapkan.
Tempoh 16 minit pertama aksi Luqman Hakim ketika debut dalam saingan Jupiler Pro League ini diharapkan akan memberikan lebih keyakinan serta mempercepatkan proses adaptasi dan penyesuaian untuk beliau tampil lebih padu dimasa depan.
Syabas Luqman…Teruskan Berusaha..Insyallah kejayaan pasti menjelma…






Add Comment