Antarabangsa motorsport Semasa

Tiada aksi Rossi di MotoGP Aragon

Rossi kini akan menjalani pengasingan bersendirian di kediamannya (Photo by ANDREAS SOLARO / AFP).

 

TIADA kelibat Valentino Rossi untuk perlumbaan MotoGP Aragon minggu ini.

Ia selepas juara dunia tujuh kali itu diuji positif COVID-19. Pelumba 41 tahun dari Itali itu juga akan terlepas Grand Prix Teruel di litar sama di Sepanyol minggu depan.

Dia kini akan menjalani pengasingan bersendirian di kediamannya dan perkembangan terbaru ini dinyatakan oleh pihak MotoGP.

Rossi juga sudah mengumumkannya sendiri menerusi laman sosial peribadinya.

“Pagi ini saya bangun dan rasa tidak sihat. Tulang-tulang saya sakit dan saya demam. Keputusan ujian pantas PCR adalah negatif, sama seperti ujian saya jalani pada Selasa.

“Tetapi ujian kedua, yang keputusannya dihantar kepada saya pada jam 4 petang hari ini (semalam), malangnya positif.

“Saya kecewa kerana terlepas perlumbaan di Aragon,” kata Rossi yang memanggil doktor untuk menguji sebanya dua kali.

Pasukan Yamaha mengesahkan Rossi mengikuti protokol kesihatan sepanjang berlumba.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: