Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Kelantan FC bayar tunggakan gaji Bako RM558 ribu

Bako menyertai Kelantan pada 2017 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan rakan senegaranya, Mohammed Ghadar yang berhijrah bersama JDT. (Foto : ColetehSukan.net)
KELANTAN FC dibawah pimpinan Norizam Tukiman terus membuktikan janjinya dalam usaha menyelesaikan tunggakan hutang dan kembali memartabatkan The Red Warriors (TRW) apabila telah membuat bayaran kepada pemain dan jurulatih pasukan di bawah aduan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Terbaharu, Kelantan FC telah membuat pembayaran pertama kepada bekas penyerang Kelantan, Abou Bakr berjumlah USD133,000.00 (RM558,733.00) manakala baki selebihnya akan diselesaikan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Selain Abou atau lebih dikenali Bako yang menggantikan Mohammed Ghaddar pada 2017, Kelantan FC juga akan membuat bayaran terhadap seorang lagi pemain import iaitu, Cassio Francisco de Jesus dan bekas pengendali import, Marko Kraljevic .
Menerusi kenyataan yang paparkan di laman FB TRW Kelantan FC, sehingga kini , pihaknya telah menyelesaikan bayaran sepenuhnya untuk 171 pemain dan jurulatih daripada jumlah sebenar 174 orang serta bayaran kepada agensi Kerajaan berkaitan yang tersenarai dalam Perjanjian Jual Beli Saham dengan KAFA bernilai RM6.8juta.
“Semalam (15 Oktober 20), kami telah membuat pembayaran pertama kepada Abou Bakr dengan jumlah USD133,000.00 (RM558,733.00) berdasarkan Perjanjian Penyelesaian dengan Abou Bakr melalui Peguamcara KAFA, Tetuan Alawi & Associates.
“Hanya 3 baki pemain yang tinggal merupakan kes berat di bawah FIFA dan mereka adalah Abou Bakr USD233,000.00 (RM978,833.00), Marko USD214,914.04 (RM902,853.88), Cassio USD 80,944.60 (RM340,048.26) dan bayaran denda FIFA CHF 15,000.00 (RM 68,100.00)
“TRW FC merancang untuk menyelesaikan pembayaran yang belum dijelaskan pada atau sebelum 31 Disember 2020,” jelas kenyataan tersebut.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: