Bola Sepak Semasa Terkini

8 pengadil dikenakan tindakan

Dali memberitahu hanya empat pasukan Liga-M yang membuat aduan rasmi kepada jawatankuasa berkenaan iaitu UiTM FC, Terengganu FC, Sabah dan Petaling Jaya City FC.

LAPAN pengadil telah dikenakan pelbagai tindakan pada musim ini, termasuk penggantungan mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di antara dua minggu hingga sebulan selepas dikatakan membuat keputusan tidak konsisten dalam sesebuah perlawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Md Dali Wahid berkata lapan pengadil berkenaan telah direhatkan daripada perlawanan Liga-M musim ini, diberikan amaran keras dan berdepan hukuman diturunkan ke liga bawahan sekiranya masih mengulangi kesalahan sama.

“Kita mendapati prestasi lapan pengadil itu tidak mencapai tahap yang kita hendaki,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan buat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM.

Dalam perkembangan yang sama, Dali memaklumkan penggunaan enam pengadil termasuk dua penolong pengadil di  belakang garisan gol yang diperkenalkan pada aksi suku akhir Piala Malaysia pada musim lepas, akan terus dikekalkan untuk peringkat yang sama pada kempen Piala Malaysia berkenaan pada musim ini.

“Lebih daripada 32 pengadil bakal terlibat pada pertandingan Piala Malaysia yang bakal berlangsung dari 6 hingga 22 Nov ini.

“Insya-Allah, pada saingan Piala Malaysia, kita akan menggunakan 10 pengadil baharu, namun bukan sebagai pengadil utama, tetapi sebaliknya sebagai penolong pengadil satu dan sebagainya untuk mereka menimba pengalaman terlebih dahulu,” tegasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: