Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Gareth sedia perkuat Spurs

Bale menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan bakal diturunkan beraksi menentang West Ham United.

PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho memberi bayangan bahawa Gareth Bale bakal diturunkan untuk saingan Liga Perdana Inggeris menghadapi West Ham, Ahad ini.

Bale telah kembali dari Real Madrid sejak hampir sebulan yang lalu. Namun, pemain berusia 31 tahun itu belum lagi melakukan debut keduanya bersama Tottenham.

Ini kerana, Bale masih menjalani tempoh pemulihan cedera lutut yang dialami ketika memperkuat Real Madrid. Bale juga tidak dipanggil ke skuad kebangsaan Wales bagi memberi laluan fokus kepada fasa pemulihan.

Mourinho mengakui belum boleh memastikan adakah Bale akan dimainkan pada akhir minggu ini.

“Pasukan adalah perkara terpenting dan Gareth ada di sini untuk membantu kita, tetapi pada saat yang sama kami perlu peduli kepadanya.

“Jadi keputusan yang akan kami buat adalah untuk kebaikan pasukan, tapi juga untuk dia. Sangat penting dia memiliki musim yang bahagia bersama kami saat ini dalam kariernya,” ujar Mourinho kepada Sky Sports.

Dalam pada itu, Mou menyatakan berpuas dengan prestasi pasukannya meskipun mendapat jadual padat sebelum tempoh rehat antarabangsa kelmarin.

“Kami mengatasi masa sibuk itu dengan baik kerana skuad ini sangat bagus dan para pemain fantastik.

“Minggu ini merupakan perlawanan melawan pasukan yang bermain bagus dan ini juga merupakan derby London.

“Jadi, mari kita lupakan apa yang telah kami lakukan dengan baik selama beberapa minggu terakhir ketika kami meraih hasil yang bagus. Cabaran baru bermula minggu ini,” tegasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: