Bola Sepak Semasa Terkini

KUFC sasar suku akhir Piala Malaysia

Nazrulerwan (kiri) giat memperkemaskan pasukan khususnya di bahagian tengah dan serangan.

PENGENDALI Kelantan United, Nazrulerwan Makmor meletakkan sasaran awal untuk mara ke suku akhir terlebih dahulu memandangan perlawanan pusingan pertama TM Piala Malaysia adalah kalah mati di mana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan tersebut.

Jelasnya, dia berazam membawa kembali memori indah penyokong Kelantan suatu ketika dahulu bersama skuad Kelantan United pula meskipun hadir selaku pasukan baharu.

“Apabila saya diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan ini, saya tahu ia akan menjadi tugas mencabar dan tanggungjawab besar sebab ini adalah pasukan yang mempunyai penyokong yang hebat dan fanatik dalam negeri Kelantan.

“Jadi, apabila Kelantan United layak ke Piala Malaysia buat kali pertama, saya rasa ini adalah peluang yang tidak boleh disia-siakan, dan kami perlu berusaha keras untuk cuba layak ke suku akhir terlebih dahulu.

“Dalam tempoh lebih kurang tiga minggu ini, saya akan mempersiapkan pasukan sebaik mungkin khususnya memperkemaskan lagi posisi di bahagian tengah dan serangan”, katanya.

Kelantan United mengakhiri saingan Liga Premier 2020 di tempat ke 8 manakala Kuching FA setakat ini di kedudukan ke 6 dan masih mempunyai satu lagi perlawanan menentang Kuala Lumpur pada 31 Oktober ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: