Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Debut pertama Safawi di kampung halaman CR7!!!

SELURUH negara pada malam ini bakal dilanda demam fenomena Safawi Rasid.

Biarpun musim Covid-19 melanda Malaysia dan dunia, ia tak menghalang peminat bola sepak tanah air bersedia untuk menyaksikan perlawanan siaran langsung aksi Maritimo dan Portimonense yang disiarkan menerusi saluran Astro Arena di rumah masing-masing !

Safawi akan membuat kemunculan sulungnya dalam Liga Perdana Portugal jam 10.30 malam ini.

Sudah tentu peminat akan berharap bahawa penyerang JDT itu yang dipinjamkan selama satu tahun kepada Portimonense SC, diturunkan.

Mungkin ramai terlupa atau tidak tahu bahawa pertandingan ini akan berlangsung di kampung halaman Cristiano Ronaldo, Funchal, ibu kota Madeira.

Pemain berusia 25 tahun dari Dungun itu telah menimbulkan ‘kegemparan’ dalam peminat tempatan apabila mendapat tawaran bermain di Eropah, atau tepat sekali kancah Liga Portugis.

Setiap kali berita atau hantaran di media sosial membabitkan Safawi, jumlah Like atau Retweet itu meningkat tiga kali ganda dengan sokongan dari rakyat Malaysia.

Safawi, yang meninggalkan Johor Bahru sebaik sahaja membantu JDT memenangi gelaran Liga Super ketujuh berturut-turut, tiba di Portugal pada 3 Oktober lepas, dan diumumkan kepada media Portugis hanya tiga hari selepas kedatangannya.

Penyerang Harimau Malaya itu berlatih dengan pemain Portimonense di Estadio Municipal de Portimao.

Portimonense kini berada di tangga ke-16 daripada 18 kelab bertanding dalam Liga Premier dengan hanya mengutip satu mata.

Mereka menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan dan bolos empat gol. Safawi mungkin boleh menjadi jawapan kepada masalah jentera serangan depan mereka.

Tetapi pasukan Safawi menghadapi tugas yang sukar; Maritimo berada di tempat yang jauh lebih tinggi dalam liga, di posisi kelima dengan enam mata selepas tiga perlawanan.

Namun, masih belum dapat dipastikan adakah Safawi akan beraksi di padang kerana dia baru berada di Portugal sejak dua minggu lepas.

Tetapi Portimonense mungkin boleh menggunakan khidmat Safawi untuk menarik netizen Malaysia melontarkan kata-kata semangat di laman sosial kelab itu !

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: