Antarabangsa Lain-Lain

Djokovic jumpa Nadal di final

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FINAL impian musim ini terukir pada perlawanan tenis Terbuka Prancis Terbuka 2020.

Pilihan pertama kejohanan, Novak Djokovic, akan menghadapi Rafael Nadal yang merupakan pilihan kedua.

Djokovic mara ke final selepas menyingkirkan cabaran Stefanos Tsitsipas menerusi perlawanan sengit lima set.

Pemain asal Serbia itu bertarung hampir empat jam sebelum menang 6-3, 6-2, 5-7, 4-6, 6-1 dalam pertandingan di Philippe Chatrier, pagi tadi.

“Saya tetap tenang dan positif di gelanggang, meskipun di dalamnya adalah hal yang sangat berbeza. Saya solid dan konsisten dan paling penting saya gembira.

“Tahniah untuknya atas pertarungan yang hebat. Cuma sayangnya dia jelas kelelahan. Tapi pertarungan ini tidak mudah. Saya harap dia terus berada dalam landasan yang positif dalam kariernya,” ujar Djokovic.

Bagi Djokovic, ini adalah final kelimanya di Roland Garros. Sebelum ini, dia pernah muncul juara pada tahun 2016.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: