Antarabangsa Bola Sepak

Bayern tangguh kehadiran penyokong ke stadium


Bayern sendiri berharap mereka sudah boleh mengisi Allianz Arena dengan peminat pada 21 November ketika menentang Werder Bremen, namun perlu menunggu perkembangan jumlah orang yang terlibat COVID-19 di Munich.2019. (Photo by Mark RALSTON / AFP)

BAYERN Munich terpaksa menunda hasrat membenarkan kehadiran penonton ke stadium berikutan peningkatan COVID-19 di sekitar bandaraya itu.

Di Jerman, persoalan sama ada penonton dibenarkan menyaksikan pertandingan bola sepak di stadium bergantung kepada keputusan pihak berkuasa kesihatan setempat.

Sejumlah kota besar seperti Leipzig dan Dortmund sudah mendapat keizinan untuk melakukannya, meskipun dengan jumlah yang dihadkan.

Augsburg yang juga terletak di bahagian Bavaria sudah membenarkan penonton ke stadium mereka, namun tidak untuk Bayern.

Sudah tiga perlawanan yang diharungi Die Roten di laman sendiri, dengan dua saingan di Bundesliga dan sekali di Piala Super Jerman, namun semuanya belum boleh dihadiri penyokong.

Pada Jumaat semalam, Bayern mengumumkan bahawa pihak berkuasa Munich belum memberi kebenaran bermain di hadapan penonton hingga 25 Oktober akan datang.

“Kerana adanya peningkatan jangkitan yang tinggi di Munich, pihak berkuasa tempatan mengumumkan bahawa seluruh pertandingan bola sepak di Munich harus dimainkan tanpa penonton. Larangan ini berlanjutan sampai 25 Oktober 2020 ,” kata kenyataan rasmi Bayern.

Ini bermaksud, masih ada dua pertandingan lagi yang harus ditempuhi Thomas Mueller dan rakan sepasukan tanpa dihadiri peminat mereka, iaitu aksi melawan Atletico Madrid di Liga Juara-Juara (21 Oktober) dan Eintracht Frankfurt di Bundesliga (24 Oktober).

Bayern sendiri berharap mereka sudah boleh mengisi Allianz Arena dengan peminat pada 21 November ketika menentang Werder Bremen, namun perlu menunggu perkembangan jumlah orang yang terlibat COVID-19 di Munich.

Jangkitan COVID-19 memang sedang meningkat sejak minggu terakhir di Munich. Sumber Harian BILD tidak melaporkan angka sebenar, namun menyebut jumlahnya kian meningkat.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d