Bola Sepak Semasa Terkini

Musim mengecewakan buat Jang !!!

KETUA Jurulatih Negeri Sembilan, Sazali Saidun ternyata kecewa menyaksikan pencapaian skuad bimbingannya apabila menamatkan saingan Liga Premier 2020 di tangga kedua tercorot liga.

Lebih mengecewakan, jumlah 20 bolos yang dilepaskan pasukannya membuktikan masalah ketara pasukan adalah benteng pertahanan walaupun pada masa sama Negeri Sembilan berjaya sekurang-kurangnya menjaringkan 12 gol dari 11 perlawanan yang berlangsung.

Bagi Sazali ini adalah musim yang begitu mengecewakan bermula awal musim sehinggalah saingan berakhir apabila pasukan hanya meraih 11 mata hasil tiga kemenangan, dua seri dan enam kekalahan selepas 11 perlawanan dilalui.

“Kami gagal menyelesaikan masalah khususnya dibahagian pertahanan, bermula awal musim sehingga malam ini, bolos 20 berbanding 12 jaringan yang dihasilkan. Saya harap pasukan akan bangkit pada musim 2021,” ujarnya pada media selepas perlawanan yang menyaksikan skuad bimbingannya tewas 1-2 menentang Sarawak United di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Sementara itu, pengendali Sarawak United, E Elavarasan punya menyifatkan kesilapan pasukannya yang mencicirkan mata pada saingan diperingkat awal perlu diterima pasukan dengan terbuka ekoran kegagalan melayakkan diri di pentas Piala Malaysia musim ini.

“Kami berjaya kutip tiga mata malam ini dan perlukan kemenangan, namun pasukan lain juga meraih keputusan yang sama. Masih tidak berapa bagus, apa yang pasti kami seharusnya meraih mata pada awal saingan bermula dan apabila ia tidak berlaku ia merugikan pasukan.

“Kegagalan melayakkan diri di pentas Piala Malaysia perlu diterima,” tegasnya yang musim lalu berjaya memastikan PDRM melangkah ke siangan Liga Super sebelum membimbing Sarawak United musim ini.

Pada perlawanan malam tadi, tuan rumah terlebih dahulu berada dihadapan hasil jaringan pemain importnya, Igoq Luis selepas tiga minit babak kedua bersambung namun Adam Shreen Tambi menyamakan kedudukan pada minit ke 56 sebelum pemain import pelawat, Milan Zanidpour menjaringkan gol kedua selang empat minit kemudian untuk memastikan tiga mata penuh buat Sarawak United.

 

 

 

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: