Bola Sepak Terkini

Aidil mahu terus bimbing Kedah


KETUA Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berharap kontraknya bersama pasukan tersebut yang tamat pada musim ini dapat dilanjutkan.

Mengakui semakin selesa mengemudi Lang Merah bagaimanapun perkara tersebut masih tertakluk dengan rundingan yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

“Pengurusan Kedah sudah menyatakan hasrat mahu saya kekal dan begitu juga dengan saya namun perbincangan masih belum berakhir terutama membabitkan soal gaji.

“Saya tiada hasrat untuk membuat permintaan tambahan sebaliknya mahu apa yang ditawarkan sejak dua tahun lalu dapat dikekalkan. Niat saya kini adalah untuk kekal di sini selepas mendapat sokongan yang baik daripada keluarga dan juga penyokong Kedah,”katanya.

Aidil Sharin kini dalam persiapan mempersiapkan Kedah bagi pertemuan akhir Liga Super 2020 menentang Perak di Ipoh pada Ahad bagi mengekalkan kedudukan kedua untuk slot automatik kelayakan Piala AFC 2021.

Tambahnya, beliau mahu terus membantu bakat-bakat muda di negeri ini untuk keluar menjadi seorang pemain profesional yang berjaya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d